Friday 30 December 2011

cerita ira..

assalamualaikum..hye ..hari nie tibe2 ira nk citer pasl kakak yg dah lame sngt ira xjumpe..ngee~...
ira nak citer sebab tdi bru je chat ngn kakq tu...mis sngt ngn dye...itu ex kakq angkt ira la jugak kan..haha..ira nie dulu ramai nau kakq larh..ira pon xthu npe mcm tu..hehe...ramai sngt mintk bergkt..ceh..ahakz...persan pulak...tpi btul ira xtipu...huh!dok stu bumbung je kot kt hostel tu...bile dah rpt ngn akak2 nie...msty ade yg mintk brgkt..ahakz..bile dah brgkt..malu sudah. dan akan mule jeles.itu lah stu penyakit yg paling ira xsuke..haha..tpi,penyakit tu ade dalam diri ira jugak..!itu lah .....tpi.skrg..ira xbrgkt ngn sape2 pon pas ade sorang kakq nie ckp.."xpayah brgkt2 lah,anggp je sume nie kakAk"..hehe..btul2..ira sokong..!wat menyusah kan saje..tpi,best tau ade kakq kt skolh..sebab dye care gile2 pasal kite..padahal ira xde lah care sngt ngn dye.huhu..maaf ye kakaQ...haha...jahtnyer ira!...xpe2..perkare dah lepas....ngee~...rsenye ira ngn kakq nie leh tahan lame lah jugak xtegur pas ira mintk *mcm biase*..kelakar x.?dok stu skolh,stu hostel but still xtegur...ira nak tegur tpi,enthlah..mybe time tu rase serba salah kot..!ade lgie stu kakq angkt ira...stu skolh jugak>haha..kelakar lah pulak bile di ingt kan blik citer nie...!bergkt skli 2 org..huish,sengal x ira nie...niat hati memng bukan nak mainkan perasaan org.ye la..orang dah nk brgkt an,trme je lah..nty lau ckp xnk,kecik hati pulak..haha...ira2..~!tpi,skrg due2 tu ira angap kakaq la jugak...sebab due2 nie baik..!
yg lain2 mintk brgkt tu,perangai ira xberpe berkenan..ceh.haha...ade je ira nie...!so,ira wat xthu je lah....

erm..da3...merapu2 pulak nk cite...padahal ira nk citer pasal kakq yg ira rpt tu...kakq yg ira xtegur tu..tu time form 2 kot.naik form 3..tibe2 dpt stu dorm ngn dye..huish..haha...memng xsangke lah...
pastu,bile dah dok stu dorm tibe2 dah tegur mcm biase...tpi,sblom tu.dye kalau ckp ngn ira..thu x mcm mne.?..haha...dye gune surt la...kelakar kan...!haish...memng selalu malu lah... xthu nak ckp mcm mne..!tpi,alhamdulillah dah oke sume...!erm...muke kakq tu.ala2 mcm ira lah jugak..ade jugak yg kate ira ngn kakaq tu kembar..!bnyk nau kembar lah ira nie...hehe..tpi,ira rse muke kakq tu lgie cntik lah...
hehe!..erm...bile dah rapat...memang lah ade org jeles...huh!...haha...ira pon xfahm...kakq tu ketue ibadah..ira time form 3..kene jdi ajk ibadh pulak...!lgi lah rapt ngn kakq tu...naik form 4.ira ganti kakq tu..hehe..

:ira rapat ngn janh..form 3 ira memng dpt stu dorm ngn janah...!janah pon ade rpt ngn sowank kakaq kt hostel...name dye kak AiNA..boelh tahan crite janah same mcm citer ira la jugak..huhu...kk aina pon stu dorm  ngn kiteowng..!so,ira rapt ngn kakq tu..janh rpt ngn kakq tu.!jdi dri situ lah kiteowng rapt..!dah memng cam adk berdk..pape mslh memng ngn kak aina..nie lah kami..










Thursday 29 December 2011

wanita yg berjage malam

~✿Wanita Yang Terjaga Di Sepertiga Akhir Malam✿~


Duhai wanita yang terjaga di sepertiga akhir malam
Izinkan aku mengucapkan rasa kekagumanku dengan sebuah salam
Indahnya niat hiasi selalu hatimu dengan sepercik air wudhu
Membasuh semua khilaf perjalanan langkah kakimu meretasi dinding waktu.

Duhai wanita yang terbiasa menjaga pandangan matanya
Ajari aku tentang arti hidup dalam damai terjauh dari lumpur dosa
Tumpahkan semua luka dan derita diantara lebarnya kain-kain sajadah
Dan malaikatpun tak ragu turun ke bumi untuk turut berdoa

Duhai wanita yang tawadhu menjaga kata-kata dari bibirnya
Lembutkan sombongku dengan sebaris lukisan kerendahan hati dan keikhlasanmu
Sirami kusam hatiku dengan kalimat-kalimat hakiki yang memberiku keteduhan
Mengingatkan hatiku tuk kembali disaat aku mulai rapuh dan menjauh.

Duhai wanita yang pandai menjaga keindahan dirinya
Bimbinglah hatiku yang telah jatuh terjerumus dalam lembah hina dan nista
Ajari aku meraih cahaya dalam belaian nuansa bening kasih dan cinta
Temani langkahku mengarungi restu bumi mencari jalan-jalan syurga.

untuk sahabat2 ku.

☀♥•*¨`*•.*► Doa ku untuk sahabat2 ukhti ◄*.•*¨`*• ♥☀

✿ Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga,

✿ Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,

✿ Harum wanginya dengan ilmu agama,

✿ Cantiknya kerana iman dan taqwa.

✿ Namun keindahan zahirnya disimpan rapi,

✿ Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,

✿ Bukan perhatian mata ajnabi,

✿ Yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi.

✿ Wajahnya bukan mengundang dosa,

✿ Timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati,

✿ Yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurga Mu. Ameen."

aku HaNYE INSAN biase

.Aku hanyalah INSAN BIASA, yang punyai CACAT CELA yang tersembunyi di sebalik hijabku ini..andai diriku ada BERBUAT SALAH, MENGURIS HATI sesiapa tanpa sedar..usahlah MENCEMUHKU, usahlah MEMBENCIKU tetapi NASIHATKANLAH aku dengan HIKMAH supaya kembali ke arah yang DIREDHAI Allah..

>>> Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu TIDAK BERHAK untuk menjadi seorang Muslimah yang BAIK, DISAYANGI dan DIHORMATI..berusaha mendidik diri menjadi Muslimah yang baik itu perlu DITERUSKAN tanpa mengenal erti penat apatah lagi jemu, tinggalkan masa lalu yang perit itu..jadikan ia satu PENGAJARAN, bukan satu penyesalan yang berpanjangan..♥♥♥

nilai maruah kite..

Kalau nak kasi hadiah kat BF mesti nak sampul elok-elok. Beli mahal-mahal. Balut cantik-cantik. Kononnya itulah tanda kita sayang kat dia keta-ketat.

Tu baru untuk BF. BF kita belum tentu jadi suami kita kan???


Kalau untuk suami kita, apakah hadiah yang paling baik kita dapat beri?

Nilai maruah kita yang mahal, aurat kita tutup lawa-lawa dan cantik-cantik. Waa... Masya-ALLAH, kecantikan kita hanya untuk suami tersayang. SubhanALLAH. Hadiah terindah untuk suami. Aurat yang sekian lama dijaga rapi, yang ditutup cantik lama sebelum ketemu si dia suami.

Alangkah indahnya jika aurat dan maruah kita hanya akan untuk suami yang ALLAH dah tuliskan namanya di Luh Mahfuz. (^___^)♥

muslimah yg disayangi sekalian

NERAKA itu SENGSARA
SYURGA itu BAHAGIA

TAPI mengapa pilih NERAKA?
SEDANGKAN semua NAK MASUK syurga?

WANITA senang MASUK SYURGA
TAPI ramai di NERAKA

SEBAB apa ramai KAT NERAKA?

~ Aurat terbuka.
~ MARUAH tak dijaga.
~ Suami di derhaka.
~ SOLAT ditinggalkannya.
~ PUASA di endahkan dengan SENGAJA.

Muslimah yang disayangi sekalian,

~♥ Tutuplah auratmu.
~♥ Jagalah maruahmu.
~♥ Taatlah kepada suamimu.
~♥ Dirikanlah solat.
~♥ Berpuasalah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila seorang wanita itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa Ramadhan, menjaga maruah diri dan mentaati suaminya, di akhirat nanti dia akan dijemput untuk masuk ke dalam syurga mengikut pintu yang ia suka (mengikut pilihan sendiri."
(HR Imam Ahmad)

Wednesday 28 December 2011

Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kepadaku tujuh perkara

Daripada Abi Zar Al-Ghiffari r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kepadaku tujuh perkara:

1) Memerintahkan agar aku mengasihi orang-orang miskin dan merendahkan diri terhadap mereka.
2) Memerintahkan agar aku melihat orang yang dibawahku (kurang dariku) dan tidak melihat orang yang berada di atasku (lebih dariku).
3) Memerintahkan agar aku menyambung silaturrahim walaupun aku dibenci.
4) Memerintahkan agar aku tidak meminta kepada seseorang sesuatu apa pun.
5) Memerintahkan agar aku berkata benar walaupun ianya pahit.
6) Memerintahkan agar aku tidak takut kerana Allah walaupun dicela oleh orang yang mencela.
7) Memerintahkan agar aku memperbanyakkan menyebut: “La haula wala Quwwata Illa billah” kerana ianya sebahagian dari khazanah di bawah Arasy.

(H.R. Ahmad, hadith hasan)

perbetulkan niat kita,

Teringat akan satu kisah, di mana seorang pemuda beriya-iya bawa kapak untuk menebang satu pokok yang jadi pemujaan manusia ketika itu. Dalam perjalanannya, iblis menyerupai manusia menahan pemuda itu supaya jangan menebang pokok itu. Lalu berlaku pertengkaran antara iblis dan pemuda itu. Pemuda itu dapat mengalahkan iblis. Kemudian iblis menawarkan emas pada pemuda itu, iblis mengatakan bahawa setiap kali pemuda itu bangun dari tidur, maka akan terdapat emas di bawah bantalnya, dengan syarat pemuda itu takkan datang lagi untuk menebang pokok itu. Setelah beberapa hari mendapat emas, kemudian tiba hari ke empat, pemuda itu dapati tiada lagi emas di bawah bantalnya, lalu dia naik berang dan membawa kapak sekali lagi untuk menebang pokok itu.

Iblis kembali menahan pemuda itu, namun kali ini pemuda itu tak dapat melawan kekuatan iblis lalu dikalahkan dalam perkelahian. Pemuda itu berasa sangat aneh, mengapa tempoh hari dia boleh melawan iblis dengan mudah tetapi kali ini dia seolah-olah hilang kekuatan. Lalu iblis memberitahunya bahawa waktu pemuda itu mula-mula datang untuk menebang pokok itu, niatnya semata-mata kerana Allah dan mahu 'berhala' itu tumbang, namun kali ni niatnya kerana mahukan emas dan marah kerana tiada emas di bawah bantalnya.

Nauzubillahiminzalik, marilah sama kita perbetulkan niat kita, perbetulkan akhlak serta iman kita agar kita tidak sesat dengan dunia.

aDamku


Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam,

nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumahseluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam...

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.

"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi?" Tanya saya membalas.

"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.

"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.

"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.

"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.

"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.

"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.

"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim" sambil menggeleng kepalanya perlahan

mane satu pilihan hati


Ana: "umi,mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"

Umi: "dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"

Ana: "tapi umi,mcam mana nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"

Umi: "Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca
hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya
tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu..", umi tersenyum..abah
menjeling..hehe...

Ana: "xfahamlah umi..hehe.."

Umi: "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah
jodohnya itu?"

Ana: "hehe.. xtahu umi..ALLAH je yg tau..", malu pulak rasanya..

Umi: "sayang dgar ni umi nk pesan.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba2 je air mata ni mengalir..:'(

Umi: Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.

Umi sambung lagi: Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh
memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara..", suara umi sebak...

Ana terus peluk umi..

Ampunilah daku wahai Tuhan


Ampunilah daku wahai Tuhan yang menjadikan aku dari setitis air mani yang disia-siakan. Ampunilah daku wahai Tuhan yang memberikan aku nafas buat pertama kali di dunia dan membelah mataku setelah kelahiranku. Ampunilah daku wahai Tuhan yang menumbuhkan tulang-belulang dan membesarkan daging serta memanjangkan urat saraf. Ampunilah daku wahai Tuhan yang memberi nikmat sihat dan kuat. Ampunilah daku wahai Tuhan yang sentiasa ada disisiku sewaktu aku senang dan susah. Ampunilah daku wahai Tuhan yang memberikan aku taufiq dan hidayah setelah aku teruk berada di dalam dosa besar. Ampunilah daku wahai Tuhan yang akan mematikan aku dan menempatkan aku di taman syurga atau lubang neraka. Ampunilah daku wahai Tuhan yang memiliki dunia dan hari akhirat. Ampunilah daku wahai Tuhan yang memiliki Arasy dan kerajaan yang besar. Ampunilah daku wahai Tuhan yang memiliki para malaikat yang sentiasa bertasbih memujiNya. Ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Besar, Maha Esa, Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Ampunilah kami ya Tuhan kami, Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sesungguhnya kami berdosa kepadaMu dan kepadaMu kami dikembalikan..

AlAm kUBur

Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat. Manakala seseorang telah selamat dalam tahap pertama itu, maka untuk tahap-tahap selanjutnya akan lebih ringan. Akan tetapi kalau tidak selamat dalam tahap pertama tersebut, maka untuk tahap-tahap selanjutnya akan lebih berat. (H.R. Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim)

Hitunglah amalanmu, muhasabahlah dirimu, adakah kamu sudah benar-benar bersedia andai saat ajalmu tiba sebentar lagi? Maka bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, buatlah kebaikan dan tinggalkanlah kemungkaran, dan sentiasalah berpesan-pesan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Kita di kubur seorang diri, hanya amal soleh sebagai cahaya penyuluh di dalamnya. Hanya amal soleh dapat membantu kita dari azab kubur. Hanya amal soleh sahaja dapat menjawab soalan Malaikat Munkar dan Nakir.

tetapkan lah imanku...

Ketika Ibrahim satu-satunya putera Nabi s.a.w sedang sakit teruk, Nabi s.a.w pergi melawat ketika itu anak lelaki kesayangan Nabi s.a.w itu sedang terbaring di atas ribaan ibunya Maria. Umurnya ketika itu baru berusia 16 bulan (setahun empat bulan).

Ketika putera Nabi s.a.w itu terbaring dengan nafasnya tercungap-cungap, maka Nabi s.a.w merasa amat dukacita lalu bersabda: “Wahai Ibrahim, kami tidak boleh menolak ketentuan yang Allah telah tetapkan”. Tidak lama selepas itu wafatlah Ibrahim satu-satunya putera Nabi s.a.w dan ketika Nabi selesai menguburkannya dengan linangan air mata Nabi bersabda: “Wahai Ibrahim apabila datang kepadamu dua malaikat maka katakanlah kepada mereka Allah tuhanku, Rasulullah s.a.w itu bapaku dan Islam itu agamaku”.

Tiba-tiba Nabi s.a.w menoleh ke belakangnya dan mendapati Sayyidina Umar Al-Khattab sedang menangis teresak-esak berlinangan airmatanya lalu Nabi s.a.w bertanya: “Mengapa kamu menangis wahai Umar?” Jawab Sayyidina Umar Al-Khattab: “Wahai Rasulullah, anakmu itu masih belum baligh dan masih belum pandai bercakap tetapi engkau ajar dia (talqinkan) untuk menjawab soalan dua malaikat di dalam kubur, bagaimana dengan anak Al-Khattab ini, diriku ini, yang sudah dewasa dan boleh berkata-kata, maka siapakah yang akan mentalqinkan dan mengajarkan aku ketika aku akan menghadapi dua malaikat ini nanti” apakah aku mendapat orang yang mengajarkanku seperti engkau wahai Rasulullah (apakah akau dapat menjawab soalan di dalam kubur nanti)?”

Maka turunlah ayat:

Allah taala akan menetapkan hati-hati orang yang beriman dengan perkataan (iman) yang kukuh di dunia dan di akhirat (di dalam kubur) dan menyesatkan orang-orang yang zalim dan dia yang melakukan apa yang dia kehendaki. (Surah Ibrahim:27)

Jikalau putera Nabi s.a.w yg bersih dari dosa pun diajarkan Nabi s.a.w dengan perkataan yang kukuh untuk menajawab soalan kubur dan jikalau Sayyidina Umar sahabat besar Nabi s.a.w yang dijamin syurga pun menangis teresak-esak takutkan soalan kubur dan malaikat yang menyoal jawab, apakah nasib kita nanti di dalam kubur?

Bagaimana denga nasib kita yang banyak melakukan dosa? Apakah kita mampu menjawab soalan kubur?

Ya Allah tetapkanlah imanku dengan hujah (kata-kata) yang kukuh di dunia dan di akhirat. Ya Allah jadikanlah kata-kata kami yang terakhir “Laa Ilaha Illallah”. Amiiiiinnnnnn. 



- kenapa perlu menggunakan perkataan NINJA..? Adakah bertujuan mempersenda dan berjenaka..? Carilah perkataan yg indah kerana gadis2 ini indah di mata ALLAH.. Jgn jadi manusia yg byk berkata2 tapi isinya kosong tiada makna..

Thursday 22 December 2011

tidur selepas subuh

 >ramaikan diantara kita yg suka tidur selepas solat subuh....hmmm...eloklah baca artikel ney....

Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)
wallahua'lam

Tuesday 20 December 2011

antara cita-cita dan cinta

Aku termenung mengenangkan nasibku yang  malang. Sekarang aku sudah bergelar anak yatim.

"Kenapalah cepat sangat ibu tinggalkan aku?" rintihku sendirian.

Aku paksakan air mataku untuk tidak turun membasahi pipiku. Tetapi apakan daya kepedihan dan kesedihan membuatkan air mata ku tidak dapat dibendung lagi. Satu tepukkan pada bahuku membuatkan lamunanku terhenti seketika

."Aira masih terkenangkan arwah ibu?"

Wajah ayah tersembul di hadapan ku membuatkan ku tersentak. Senyuman ayah yang manis membuatkan hati yang bergelora menjadi tenang.

 "Tak ada lah. Aira cuma teringatkan pengorbanan ibu selama dia hidup."

Aku berusaha untuk senyum walaupun terasa berat.

"Ibu kamu tak pernah ingin menyusahkan orang lain. Walaupun dia sakit, tapi senyuman pada wajah nya tidak pernah lekang. Ayah bangga padanya."

Air mata ayah kelihatan turun ke pipinya. Cepat-cepat dia hapuskan air matanya.

"Sabarlah ayah, kita yang hidup mestilah sentiasa berdoa agar roh ibu di sana ditempatkan bersama orang-orang yang beriman."

Aku tersenyum di dalam hati aku berazam supaya berjaya dalam pelajaran agar aku dapat membela nasib ayah apabila dewasa kelak.

"Amin... Kalau macam tu ayah masuk dulu ya. Aira jangan termenung je. Setiap yang pergi tak akan kembali lagi."

Aku hanya menyambut ayah dengan sekuntum senyuman. Aku terkenang wajah ibu. Wajah yang putih bersih, gebu dan sungguh menawan apabila di pandang. Nenekku kata ibu adalah kacukan arab dan mat saleh. Disebabkan itu, ramai yang meminati ibu semasa zaman persekolahan.

Tetapi setelah melahirkanku, ibu menderita sakit kanser. Nasib baik masih di peringkat awal. Jadi ibu masih boleh diubati. Namun takdir yang sentiasa menentukan ajal maut seorang hamba.

Ibu diserang sakit yang pernah mencalar dan mematahkan semangat ayah pada umurku 14 tahun. Ibu menderita kira-kira 2 tahun. Namun ibu tidak pernah menyesali sakitnya. Senyuman dan doa sentiasa mengiringi wajahnya yang pucat lesi. Aku sentiasa berada disamping ibunya. Aku tidak sanggup melepaskannya menderita sendirian.

"Aira sayang, dengarlah nasihat ibu ni. Jaga ayah. Dengar cakap ayah. Jangan sesekali derhaka dan meninggalkan ayah sendirian. Belajarlah rajin-rajin. Pelajaran itu kunci kehidupan kita di dunia. Jangan tinggalkan agama. Agama itu kunci kehidupan kita di akhirat pula. Ingat ya, nak."

Kata-kata ibu itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Aku tak boleh mengalah dengan menangis di sini. Aku mesti berjaya dan membalas jasa ibu serta ayah yang telah penat melahirkan dan menjagaku. Itu azam aku. Aku akan berjaya tanpa sesiapa dapat menghalangnya.

*****************************

[Ring...Ring...Ring...] Aku terjaga lalu menggosok mataku yang kesamaran dan terus mencapai jam locengku supaya segera dimatikan dari terus berbunyi. Jam itulah sahabat karib yang sering mengejutkan aku supaya bangun untuk mengabdikan diri kepada MAHA KUASA dari terus terlena dibuai mimpi indah yang membuatkan manusia terleka.

Jam itu juga pemberian dari insan yang paling istimewa bagiku supaya aku tidak melalaikan masa yang berharga seperti emas itu. Siapa lagi? Dialah si ibu yang telah kembali ke pangkuan SI PENCIPTA.

Aku bergegas bangun dari lena sepanjang malam lalu terus menuju ke bilik mandi. Setelah selesai, ku ambil telekung yang tergantung di dalam almari lalu menyarung ke tubuh serta terus hanyut bersama cinta YANG MAHA ESA. Itulah yang diajar oleh ibu sejak ku kecil supaya aku tidak pernah melupakan suatu zat yang telah menciptakan kita. Siapa lagi? Dialah ALLAH zat yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.

Selesai bersolat, ku bereskan apa yang patut di dalam rumah itu. Maklumlah aku sajalah yang tinggal untuk mengemas serta merapikan keadaan di rumah sebelum keluar berangkat ke sekolah. Tahun depan aku akan menghadapi peperiksaan terbesar iaitu SPM. Aku harus tunjukan kepada semua orang yang seorang anak yatim juga boleh berjaya.

"Ah, selesai pun."

Keluh ku lalu membaringkan diri ke atas katil. Ku tatap jam di sebelahku.

"Ha! dah pukul 6:45 pagi. Kena siap cepat ni."

Kepenatan ku tadi hilang begitu saja. Lalu bergegas aku bersiap untuk ke sekolah.

"Assalammualaikum, anak ayah. Dah siap? Mari makan."

Ayah menyambutku dengan senyuman. Ku balas senyuman itu dengan senyuman yang lebih manis.

"Waalaikummusalam, ayah. Dah lama Aira siap cuma lambat sebab kemas rumah. Aira pergi sekolah dengan basikal saja ya."

Aku menuang air ke dalam cawan lalu duduk di samping ayah tercinta.

"Terpulang pada Aira lah. Betul tak nak ayah hantar?"

Aku tersenym manis lalu menganggukan kepala.

"Kalau macam tu, ayah pergi dulu"

Ayah menghulurkan tangan lalu ku sambut serta ku cium tangan yang kasar itu. Ku perhatikan ayah berlalu hingga tidak kelihatan. ku kemas meja makan dan berkemas sedikit lalu bergegas ke sekolah. Takut terlambat untuk melakukan tugasanku sebagai pengawas di sekolah. Tanggungjawab dan amanah yang diberi mestilah di jalankan dengan baik. Begitu jugalah yang pernah diajar oleh ibu.

************************************

Aku terpegun melihat alam ciptaan ALLAH s.w.t. yang sungguh indah itu. Aku terfikir. Mengapa masih ramai manusia yang tidak mengaku ALLAH sebagai Tuhan mereka? Padahal sudah jelas kebesaran dan kekuasaan ALLAH yang tiada siapa boleh menirunya. Adakah patut kita sanggup menduakan ALLAH dengan menyembah selain-Nya? Itulah antara soalan yang masih berada di kepalaku.

"Hei,minah. mengelamun nampak. Teringatkan buah hati ke? Cakap je lah siapa pak we kau yang bertuah tu?"

Pantas tangan ku mencubit lengan Alia Nabila, rakan paling karib ku. Keakraban kami bermula sejak kami dibangku sekolah rendah lagi. Kami sudah seperti adik beradik. Tetapi lain lah mak dengan ayah nya. Jika sama, dah dikira kembar tak seiras. Aira berdarah kacukan arab dan mat saleh manakala, Alia berdarah jawa. Jadi wajah mereka memang berbeza. Tetapi bila berkawan jangan kerana rupa saja. Hati juga mestilah bertaraf 5 bintang.

"Aira, kau dengar tak ni? Jangan asyik termenung saja. Nanti cepat tumbuh uban."

Alia memetik jarinya ke hadapan mata ku.

"Yelah aku dengar. Jangan panggil aku 'minah'. Nama aku kan sedap. Aira Syakilah."

Ku lihat Alia memuncungkan mulutnya.

"Suka ubah topiklah kau ni. Jawablah teringatkan siapa?"

Aku hanya tersenyum. Alia tahu aku tak pernah couple or ada boyfriend.

"Ha, dah sampai pun sekolah."

Jari telunjuk ku halakan ke arah pintu gerbang sekolah. Kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu melalui pintu gerbang sekolah. Segelintir pelajar mengucapkan salam kepadaku. Seorang pelajar tiba-tiba mendekatiku dengan senyuman

"Kak, tahniahlah terpilih."

Kata-kata pelajar itu membuatkan dahiku berkerut.

"For what?"

Tanya ku dengan hairan sekali.

"Akak terpilih menjadi Penolong Ketua Pengawas sekolah. Saya tengok pada papan kenyataan tadi."

Aku menarik tangan Alia untuk ke pejabat meninggalkan pelajar tersebut tanpa berkata sepatah perkataan pun.

"Wah, tahniahlah Aira. Aku tak sangka kau dilantik."

 Aku tersenyum dan hanya mampu menjawab

"Alhamdulillah."

Kalimah itu saja yang keluar dari dua bibir ku. Rasa terkejut terus menghantui ku. Aku terus mengajak Alia ke kelas. Semasa dalam perjalanan, ucapan tahniah menghiasi jalan. Aku hanya sanggup tersenyum dan mengucap terima kasih sahaja.

"Eh,Aira tunggu. Can I speak to you?"

 Tiba-tiba seseorang mengejutkan ku. Aku terus menoleh.

"Aku balik ke kelas dulu ya."

Alia terus meninggalkan ku dengan degupan yang menyiksakan.

"Erm... Boleh."

Aku memandang wajah nya. Aku rasa dia adalah pelajar kelas tingkatan 4B. Aku memang tidak bergaul dengan pelajar lelaki di sekolah.

"Awak ni Aira kan? Selamat berkenalan. Saya tahu awak tak kenal nama saya kan? Saya Hafiz."

Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aku hanya menganggukan kepala. Aku tidak mungkin akan bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim ku. Itulah yang ibu dan ustaz serta ustazah ajarkan padaku sejak di bangku sekolah rendah lagi.

"Hmm... Saya akan menjadi ketua pengawas awak tahun hadapan. Saya juga akan di tukarkan ke kelas 5A tahun hadapan disebabkan prestasi saya meningkat. Saya harap awak dapat membantu saya untuk lakukan tugas dengan baik."

Aku mengangguk lalu meminta izin untuk balik ke kelas. Aku berlalu dari situ setelah di izinkan. Di kelas, Alia telah menunggu ku dengan senyuman.

"Amacam? Dia cakap apa?"

Bertalu-talu soalan yang ku terima dari Alia. Aku hanya tersenyum tawar. Malas aku hendak melayan pertanyaannya yang tiada faedah nya itu.

"Eh, aku lupa pulak. Esok dah cuti sekolah kan?"

Aku sengaja ingin mengubah topik perbualan.

"Yelah. Aku pun lupa."

Lega hatiku apabila Alia terlupa soalan nya tadi.

"Cuti sebulan setengah ni mesti tak seronok."

Aku mencurahkan isi hatiku.

"Kenapa pulak? Cutilah masa kita nak lepaskan kerinduan pada tilam empuk di rumah."

 Alia ketawa. Dia terus berhenti apabila melihat wajah ku yang masam mencuka.

"Kenapa ni? Kenapa kau muram je?"

Alia kelihatan risau tentang diriku. Dia memang seorang rakan yang baik.

"Di rumah tiada sesiapa pun. Ayah setiap minggu mesti outstation. Baik pergi sekolah lagi best."

Air mata ku mula bergenang di kelopak mataku.

"Ala, janganlah macam tu. Aku janji akan teman kau cuti ni. Kita boleh ulangkaji pelajaran bersama. Nanti aku bincang dengan mak dan ayah aku ya. Aku yakin mak dan ayah aku mesti bagi. Dahlah tu lap air mata tu. Nanti orang nampak malulah.”

 Alia menghulurkan sehelai tisu dengan sekuntum senyuman. Aku sambut tisu tersebut lalu ku hapuskan air mata yang tidak sempat jatuh ke bumi. Aku bersyukur mempunyai seorang sahabat yang sungguh mengambil berat. Alia bagai satu dalam sejuta. Aku berharap akan ada ramai orang yang yang baik seperti Alia.


*********************************

Sebulan setengah ku rasakan bagai setahun. Tapi aku rasa bersyukur sekali yang cuti sekolah sudah tamat. Hari ini ku bangun dengan penuh semangat. Keletihan semalam sudah tidak di hiraukan lagi. Ku terus bersiap untuk ke sekolah. Rasa tak sabar menyelinap di sanubariku.

"Eh, anak ayah dah tak sabar nak pergi sekolah ke? Awal siap hari ni?"

Ayah seakan-akan terkejut dengan kehadiranku di dapur. Kelihatan ayah belum sarapan lagi.

"Memang tak sabar pun. First day ke sekolah memang macam tu. Ayah tak sarapan lagi? Kan Aira dah siapkan sarapan?"

Memang tugas harian ku menyediakan makanan setiap kali waktu makan tiba. Kalau bukan aku siapalah lagi yang mahu menyediakannya. Pembantu rumah? Ayah memang tak suka kehadiran pembantu. Ayah memang sukar untuk mempercayai seseorang untuk menguruskan rumah kecuali orang yang betul-betul dikenali oleh ayah. Ayah seorang yang berprinsip. kadang-kadang sikap ayah itu boleh menyusahkan diri sendiri. tetapi bagi ayah 'beringat sebelum terkena'. Aku sangat bangga mempunyai ayah yang begitu tegas.

"Ayah nak sarapanlah ni. Cuma tunggu 'princess beradu' turun suapkan ayah."

Ayah memang seorang yang ceria dan suka membuat aku ketawa. Bagi aku dialah pelawak dan penghibur terbaik. Tapi di rumah je lah. Tak tahu pula di tempat lain.

"Mari princess suapkan"

Aku terus menyuapkan makanan yang baruku cedok ke dalam mulut ayah yang terbuka luas. Aku ketawa melihat gelagat ayah.

"Aira, pergi dula ya. Dah lambat ni"

Aku meminta izin dari ayah setelah ku kemaskan meja makan.

"Yelah. Hati-hati jalan tau."

Nasihat ayah sentiasa mengiringiku setiap kali untuk ke sekolah. Ayah memang seorang yang bertanggungjawab. Ku kayuh basikalku dengan kelajuan yang sederhana. Aku yakin akan sampai sebelum pukul 7.15 pagi. Aku ada tugas dengan Hafiz pagi ni. Maklumlah waktu macam ni banyak yang perlu di uruskan. pertangahan bulan nanti redalah kesibukan ini nanti.

Aku berhentikan basikalku apabila sampai ke garaj basikal sekolahku. Ku amati jam tangan yang terlekat di tangan ku. Nampaknya aku awal 5 minit. Kelihatan Hafiz baru datang dengan motorsikal Kriss nya. Nampak macam motor baru kerana sebelum ni dia ke sekolah dengan basikal. Dia menyambutku dengan senyuman sehingga menampakkan lesung pipit pada ke dua-dua belah pipinya. Nampak manis rupanya. Ramai pelajar memang suka padanya kerana mukanya yang boleh tahanlah handsomenya.

"Baru sampai ke, Aira? Atau awak tunggu saya?"

Dua soalan darinya mengejutkanku.

"Memang baru sampai."

Aku tersipu malu di depannya.

"Ha, lupa lah. Cikgu suruh kumpulkan semua di makmal komputer. Awak panggil yang perempuan, saya panggil yang lelaki."

 Aku mengganguk tnda setuju. Ku teruskan langkah ku untuk jalankan tugas yang di berikan olehnya. Walaubagaimanapun, dia tetap ketuaku. Tugas adalah amanah. setiap amanah harus di laksanakan dengan baik.

Kami berkumpul di makmal komputer. Ku lihat dia menjalan kan tugas dengan begitu baik sekali. Patutlah dia dilantik menjadi ketua. Memang ramai yang tidak berpuas hati dengan perlantikannya sebagai ketua. Disebabkan dia dari kelas B sebelum ini. Tetapi bukan kepandaian akademik yang membuatkan dia terpilih, tapi kebaikan dan sikap amanah yang ada pada dirinya membuatkan dia terpilih.

"Boleh saya tanya sesuatu?"

Dia bersuara apabila mesyuarat tamat dan semua telah kembali ke kelas masing-masing. Aku mengangguk saja. Cukup membuktikan yang aku membenarkan dia bertanya.

"Kenapa susah saya nak borak dengan awak. Ramai kawan saya kata awak sombong dengan lelaki. Tapi adik perempuan saya selalu puji awak disebabkan awak ni sangat peramah."

Aku langsung tidak terkejut dengan soalannya. memang ramai orang kata aku begitu. Aku dah tak kisah. Memang benar kata-kata mereka. Aku memang tak suka bergaul dengan lelaki yang bukan muhrimku.

"Memang saya tak nak cakap perkara yang lagha (melalaikan). Kalau ada perkara penting pasti saya akan cakap. Bukankah berborak perkara yang lagha dengan lelaki bukan muhrim kita menimbulkan fitnah"

Hafiz kelihatan tercengang. Mungkin tergamam dengan kata-kataku.

"Oh, macam tu. Saya teringin belajar agama dengan lebih mendalam. Saya lahir dalam keluarga yang lemah bab agama ni. Mak dan ayah hanya mementingkan kerjaya mereka. Saya rasa amat kesunyian dan terasing. Macam mana saya boleh mendalami ilmu agama ni?"

Kasihan sungguh nasibnya. Aku tidak menyangka kehidupannya begitu sekali.

"Awak boleh beli buku-buku agama. Tetapi lebih mudah awak ambil khursus bersama ustaz yang terlatih. Saya rasa awak boleh lakukan."

Aku gembira dia mahu mendalami agama. Tak semua remaja di zaman serba moden ini ingin mendalami agama.

"Terima kasih, Aira. Awak dah banyak sedarkan saya. Maaflah saya ganggu masa awak."

"Sama-samalah. Saya harap awak berjaya mendapat hidup yang lebih sempurna."

Aku terus pergi dari situ apabila Hafiz menganggukan kepala sambil tersenyum.


**************************************



Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Aku semakin rapat dengan Hafiz disebabkan kami perlu melakukan tugas bersama. Dia semakin faham tentang agama Islam dengan lebih mendalam. Dia sudah tahu batas-batas antara seorang muslim dan muslimah.

"Hei Aira. Aku tengok kau semakin rapat dengan si Hafiz tu. Ada apa-apa ke?"

Kata-kata Alia mengejutkan ku.

"Jangan nak merepeklah. Kita orang tugas bersama. Bukan suka-suka je. Cikgu berikan amanah pada aku. So, aku kena jalankan dengan baik."

Aku terasa geram dengan Alia. Memang aku tahu yang seluruh sekolah sudah mula menggosipkan aku dengannya. Aku hanya membiarkan sahaja kata-kata mereka itu. Aku tahu yang aku tak akan boleh menutup mulut mereka semua. Biarlah mereka terus bergosip. bila mereka penat pasti akan berhenti jua.

"Kak, ni ada surat dari seseorang."

Adik kepada Hafiz datang membuatkan Alia tersenyum nakal ke arah ku.

"Dari siapa?"

Hanya itu yang keluar dari mulutku. Aku mengambil surat di tangan pelajar itu.

"Adalah. Akak baca saja. Nanti tahu sendiri. Jangan bagi sesiapa baca tau.

" Dia terus pergi. Aku hanya boleh menggelengkan kepala sahaja. Nasib baik dia berikan surat tersebut ketika sudah tamat sesi persekolahan. Takut saja namaku tercatat di dalam buku disiplin nanti.

"Bacalah, Aira"

Rayuan Alia ku tolak berkali-kali tetapi dia masih ingin membacanya. Untung saja ayah datang cepat. Aku tidak menaiki basikal hari ini kerana basikalku yang rosak. Aku melambaikan tangan pada Alia. Kelihatan dia mencebik bibirnya ke arah ku.

***************************************

Aku menghempas badanku pada katil di bilik ku apabila selesai mandi,makan dan solat. Rasa sangat letih pulang dari sekolah. Berbagai-bagai tugas ku lakukan di sekolah membuatkan badan ku terasa hendak terbelah dua.

Aku bingkas bangun apabila melihat kertas yang terselit pada beg sekolahku. Baru ku ingat surat tersebut di berikan oleh Suraya, adik kepada Hafiz. Ku buka surat tersebut perlahan-lahan lalu ku baca.

"Kepada Aira, sahabatku yang disayangi. Pertama sekali aku nak minta maaf sekiranya keberadaan surat ini membuatkan dirimu rungsing. Aku tidak berani ingin mengungkapkan hasrat di hati yang dalam ini secara bersua muka denganmu. Aku hanya ingin berterima kasih padamu kerana telah banyak merubah diriku yang bukan antara insan yang baik seperti dirimu. Aku juga ingin menyatakan yang aku sudah jatuh cinta padamu sejak kita di tugaskan bersama. Kau amat menjaga pandangan dan tutur katamu kepada yang bukan muhrimmu. Itu yang membuatkan aku tertarik dengan mu. Maaf kalau surat ini sudah membuatkan mu marah kepada ku. Maaf kerana aku mengganggu mu. Wasalam. Yang menulis, Hafiz."

Aku sungguh terkejut mendapat surat tersebut. Ku terus mencapai begku dan mengeluarkan pen serta kertas. Ku terus menulis balasan untuk surat itu.

"Kepada Hafiz. Surat ini adalah balasan dari suratmu hari semalam. Aku sungguh terkejut dengan surat mu itu. Menolong antara muslim dan muslimah adalah diwajibkan. Asalkan kita tahu dan mengenal batas-batas antara muslim dan muslimah agar dijauhkan dari lembah maksiat. Syaitan laknatullah sentiasa bersama dengan kita tanpa rasa jemu mahupun malas. Syaitan sentiasa meniupkan nafsu ke dalam diri kita agar kita terjerumus ke lembah maksiat. Kita sebagai hamba Allah mestilah melawan nafsu yang datang dari syaitan itu. Aku cuma ingin memberi nasihat padamu agar melupakan cintamu padaku dan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk berjaya di dunia mahu pun akhirat. Carilah cinta ILAHI kerana cinta-Nya tidak akan pernah luntur dan binasa serta kekal selamanya. Jika Allah tentukan jodoh kita bersama. maka kita akan membina bahtera yang diredhoi Allah. Insyaallah. Dari, Aira."

Kuletak surat tersebut di dalam sampul surat lalu ku simpan ke dalam beg. Ku kembali merebahkan badan ke atas katil lalu terus terlena akibat kepenatan seharian di sekolah.

***************************************

Apabila aku sampai ke sekolah, aku mendapati motorsikal kepunyaan Hafiz telah berada di garaj motor dan basikal sekolah. Aku terus menuju ke motor nya lalu menyelitkan surat yang ku tulis semalam. Aku tidak sanggup ingin membawa surat tersebut ke kelas kerana itu adalah antara kesalahan yang amat berat sekali. Aku terus menuju ke arah kelas tingkatan 3 lalu memberitahu adiknya supaya menyuruh abangnya membaca surat tersebut di rumah nanti. Aku lega apabila Suraya mengangguk sambil tersenyum ke arahku.

****************************************

Setelah berbulan-bulan ku kerahkan tenaga dan usaha untuk mencapai puncak kejayaan, kini tibalah debaran untuk ku ketahui keputusan ku. Sama ada aku sudah betul-betul usaha atau hanya berangan-angan ketika di sekolah. Ku siap awal untuk ke sekolah.

Debaranku semakin kencang apabila melihat pintu gerbang sekolah. Aku terus menuju ke dewan. Kelihatan ramai pelajar dan ibubapa berada di dalam dewan. Keputusan terus diumumkan apabila semua pelajar telah berkumpul.

12A1 mengejutkanku. Hanya ucapan Alhamdulillah yang keluar di bibirku. Ramai antara pelajar melompat kegembiraan. Kata cikgu Rahman, 10 orang di sekolah ku mendapat 12A1. Aku bersyukur tidak terhingga apabila aku tergolong antara pelajar terbaik. Aku terkejut apabila seseorang menegurku dari belakang. Ku toleh ke belakang dan melihat seorang pelajar lelaki berdiri di hadapan ku dengan bibir tidak lekang dengan senyuman yang amat manis.

"Tahniahlah awak dapat 12A1. Saya nak ucap terima kasih sebanyak-banyaknya pada awak yang membuatkan saya insaf betapa pentingnya pelajaran dari cinta."

"Sama-sama. Saya harap awak akan lebih berjaya nanti dan berubah menjadi yang terbaik."

Perbualan kami di akhiri dengan anggukannya lalu menuju ke arah ibunya yang telah menunggu di hujung dewan. Walaupun aku tidak mempunyai ibu lagi tapi aku dapat rasakan betapa gembiranya hati seorang ibu yang telah melahirkan serta membesarkan kita apabila melihat kita berjaya.

Saturday 17 December 2011

16TEMPAT YANG DIMAKBULKAN DOA"insya-Allah"

  • KETIKA MELIHAT KAA'BAH
  • DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
  • DISISI MULTAZAM
  • DIBAWAH PANCURAN EMAS
  • DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
  • DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
  • DIATAS BUKIT SOLAT
  • DIATAS BUKIT MARWAH
  • DITEMPAT SA'I
  • DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
  • DI MUZDALIFAH
  • DI MINA
  • DISISI JAMRAH AL-ULA
  • DISISI JAMRAH AL-WUSTO
  • DISISI JAMRAH AL-'AQABAH
  • DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)
Terdapat lebih kurang 55 tempat lain yang diperkenankan doa kerana ia sebagai syiar ibadah Haji dan tempat-tempat ibadah yang disunnatkan.
(Sila rujuk: Safwan Fathy, Penyucian Hati, Warisan Al-Fathy, Shah Alam, cetakan ke-5, Julai 2000:154)

16 WAKTU YANG DIMAKBULKAN DOA"insya-Allah"

  • MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
  • MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
  • MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
  • MALAM 10 MUHAMRRAM
  • MALAM NISFU SYA'ABAN
  • MALAM 'LAILATUL QADAR'
  • MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
  • KETIKA HENDAK BERBUKA
  • ANTARA AZAN DAN IQAMAH
  • PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
  • SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
  • ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
  • SELEPAS KHATAM AL-QURAN
  • KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
  • SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
  • SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

kelebihan membaca surah AL- BAQARAH

Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata:
"Barangsiapa membaca Surat Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga."
Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih menyatakan:
"Barangsiapa membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya nur cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi."
UNTUK PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN:
  • Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;
"Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang malam)."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
UNTUK MEMOHON AGAR DIKABULKAN:
  • Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: "Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata:
"(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: FATIHUL KITAB dan akhir SURAH AL-BAQARAH. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi)."
(Riwayat Muslim)
KEUTAMAAN DUA AYAT AKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH:
(Maksudnya) "Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. Mereka berkata: "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari Rasul-rasulNya, dan mereka mengatakan: Kami patuh dan taat; Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."
Allah s.w.t. tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdoa "Ya Tuhan kami, jangan Engkau bebankan orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami; dan rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, tolonglah kami atas orang-orang kafir."
(Surah AL-BAQARAH: 285-286)
Untuk perlindungan dari segala kejahatan:
Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud "Barangsiapa yang membaca dua ayat dari akhir surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya." (dari hal-hal yang membencikan dan menurut sebahagian pendapat; sama dengan bersembahyang malam)
(Riwayat Bukhari Muslim)
Untuk memohon agar dikabulkan doa:
Ibnu Abbas r.a bercerita:
Pada suatu ketika Jibrail berada disisi Baginda s.a.w., tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata:
"Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat lalu memberi salam serta berkata:
(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikab oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu, iaitu: Fatihul kitab dan akhir surah Al-Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi)

kelebihan membaca surah ALI IMRAN

Imam ad-Dailami dari Imam Makhul mengatakan: "Barangsiapa membaca surat Ali Imran pada hari Jumaat maka para malaikat memohon keampunan untuknya sampai malam hari."
Juga Imam Ibnu Zanjawaeah dari Imam Wahab Ibn Munabih menjelaskan: "Barangsiapa membaca Surat al-Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya Nur cahaya diantara Arasy dan dasar bumi."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: " Dalam tiga surat terdapat ismullah al-a'zham dimana kalau untuk berdoa kepada Allah maka terkabullah dan jika untuk memohon maka terpenuhilah yakni didalam: Surat al-Baqarah, permulaan surat Ali Imran dan dalam surat Thana. Demikian dalam Khawashil-Quran.
Dari sahabat Utsman bin Affan r.a. Imam ad-Darimi mengatakan dari sahabat Utsman ibn Affan r.a. yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca akhir surat al-Fatihah, ayat Kursi dan dua ayat surat Ali Imran (iaitu) (Innafi qlfissamawati...ila akhirissurati) pada malam hari, maka ia tercatat melakukan ibadah seluruh malam."
Dan siapa membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan dua ayat surah Ali Imran, dibacanya ketika sehabis sembahyang fardhu, maka tempat kembalinya adalah syurga.


#ana pon kadang2 baca jugak surah ini.kalau ingt lah..kite cube buat sedikit2 dalm kehidupan seharian kita#

kelebihan memberi SaLaM

KAMAR2 DI SYURGA BGI SI PEMBERI SALAM ...


Rasullullah S.A.W pernah bersabda.di dalam syurga itu terbahagi dalamnye kamar-kamar.dindingnye tembus
pandang dngn hiasan di dlamnye yg sngt menyenangkan.Di dalamnyer terdapt juga pemandangn yg tidak pernah dilihat di dunia dan terdapt satu hiburan yg tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

'untuk siapa kamar itu wahai rasulullah?"tnye para sahabat baginda.

"untuk org yg mengucapkan salam dan menyemarakkan salam.
untuk mereka yg memberi mkn kpde yg memerlukan.
dan mereka yg membiasakan puasa dan solt di waktu mlm saat manusia sedang lena tidur sapatutnya"

"siape yg bertemu temannya lalu memberi salam...dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam.
mereka yang memberi mkn kpda keluarga sehingga berkecukupan.dengn begitu ia bererti termsuk org2 yg telah membiasakan dirinyer berpuasa.
mereka yg solat isyak dan subuh secara berjemaah ia bererti termasuk org yg bersolt mlam di saat  org2 sedang tidur lelap"
begitu nabi S.A.W menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

#maaf jika ade tersalah#




Friday 16 December 2011

janGaN TIngGal SOlat juMAAT


Pertamanya, "kenapa ramai yang skip/ponteng solat jumaat" ?

Secara ringkasnya Solat Jumaat ni hukumnya fardhu 'ain. Firman Allah dalam Surah al-Jum'ah ayat 9:


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyangjumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
Ya, secara automatiknya setiap orang Islam LELAKI yang dah akil baligh, berakal, sihat sejahtera adalah wajib tunaikan sembahyang Jumaat KECUALI empat:
Kalau tinggal gak camana? Okey jom tengok.

Pertama, Allah tudung hati mereka dan jadilah mereka orang yang lalai (dari riwayat Ibnu Umar dan Abbas r.a.):
Kedua, Allah tudung hati mereka dan jadilah munafik ( riwayat Ahmad dari nukilan Abdul Ja'di al-Daramy ):
Ketiga, rumah orang tinggal solat Jumaat layak dibakar!: 
Nah, sekarang dah jelas kan kenapa tak patut atau tak boleh tinggal solat Jumaat dengan sengaja. Tak perlu bagi alasan sedang musafir atau bukan pemastautin tetap sesuatu tempat la. Cubalah bagi alasan terbaik yang anda boleh fikir di hadapan Allah nanti, tengok mulut siapa yang bakal rabak ditampar Allah SWT.
Persoalan Kedua, adalah tentang keghairahan pemuda-pemuda kita dapatkan ayat pengasih, minyak pengasih dengan cara cepat. Mereka nak kesan yang instant, nak efek segera pada pemudi-pemudi yang mereka nak miliki. Sedangkan mereka tak faham konsep kasih sebenar. Konsep kasih sebenar adalah "Bila Allah Kasih, Allah Akan Makbulkan Apa Yang Kita Mahukan." Jadi, buat sampai Allah kasih dengan amalan-amalan soleh tanpa henti. Ikut al-Quran dan Sunnah la senang cite. Jangan kerana kita terlalu nak miliki someone, kita syirik dengan Allah. Kasih Allah tak dapat, tapi sebaliknya Allah murka terus campak kamu ke neraka Jahannam. Nak macam tu?

wanita kamu cantik

Kamu cantik sekali…
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tidak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Ia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Kamu cantik sekali…
Tapi cantik fizik tak akan pernah abadi. Saat ini para pesolek boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuhnya. Namun beberapa saat nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih semua, tubuh tak lagi tegak, membungkuk termakan usia, tak akan ada lagi yang bisa dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahat, tentu tak akan ada manusia yang mau mendekat.

Kamu cantik sekali…
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sepantasnya kecantikan disyukuri dengan cara yang benar. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara memamerkan, memajang gambar atau  mengikuti bermacam ajang lomba guna membandingkan rupa, sedangkan hakekatnya wajah itu bukan miliknya. Tidakkah engkau jengah bila banyak mata lelaki ajnabi yang memandangi berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa permisi karena engkau sendiri yang memajang tanpa sungkan. Ataukah rasa malu itu telah punah, musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebagian dari keimanan.

Kamu cantik sekali…
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah derajatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tak ada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tak punya harga di hadapan-Nya, karena kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Kamu cantik sekali…
Kecantikan itu harta berharga, bukan barang murah yang bisa dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya jika kecantikan telah diumbar, dipajang dengan ringan tanpa sungkan. Dimana kehormatan sebagai hamba tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Kamu cantik sekali…
Alangkah indah jika kecantikan fizik itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tak ada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahaya-Nya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat senantiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang  sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Kamu cantik sekali…
Maka tampillah cantik di hadapan penciptamu karena itu lebih bererti dari pada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu Tampillah cantik di hadapan suamimu, karena itu adalah bagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keridhoan Ilahi. Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, karena itu lebih abadi.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad-jasad kalian dan tidak juga kepada rupa-rupa kalian akan tetapi Allah melihat kepada hati-hati kalian (dan amalan-amalan kalian)” (HR. Muslim)

wahai kaum hawa

Wahai hawa, jikalau dalam sesuatu perhubungan kesenangn dan kemewaha yang kau pinta, maka fikirkan kembali...
Rasulullah sebagai ketua keluarga kekadang tidak mempunyai apa apa yang hendak dimakan.namun begitu, mengapa Rasulullah S.A.W diangkat sebagai kekasih Allah??
Kerana, di situ Nabi menunjukkan kepada umatnya kebahagiaan sesuatu hubungan bukanlah dinilai pada berapa banyak hadiah yang diberi..., atau beapa kilo emas yang dimiliki.
Kebahagiaan hakiki adalah pabila semuanya bertunjangkan iman dan bukan nafsu yang jadi turutan...=)
Suami : Wahai isteriku, aku tidaklah berjanji aku mampu menyenangkan dikau, tapi aku berjanji akan berusaha sebaik mungkin untuk menyenangkan dikau..=)
Isteri : Wahai suamiku, aku jua bukan berjanji boleh menyelesaikan semua masalah engkau, tapi aku janji, aku akan setia di sisi engkau waktu senang atau susah...=)

terime kasih guru..

Teringat kata kata guru saya,
"Murid murid ni, kita didik die cam kite nak keluarkan kereta.Sebuah kereta yang bermutu tinggi sebelum ia dikeluarkan dicanai diketuk, dimakeup, dengan satu proses yang agak lama, barula die jadikereta yang bermutu"...Macam tula jugak nak lahirkan pelajar yang bermutu tinggi bukan sekadar di dunia, malah di akhirat...

Masalahnye, bil...a dicanai, diketuk, murid murid akan mengamok ustaz...camno tu?Sekali lagi beliau memberikan satu analogi yang cukup mudah
"Kucing yang hendak melintas jalan, kita takut akan dilanggar kereta, kadang kadang bila kita nak selamatkan die, die akan cakar kite, meronta ronta, tapi, bila die dah diselamatkan, barulah die tahu, tanpa kite, die x akan selamat"

~Kdang kadang, dengan hasil pengajaran yang "ekstrem" itu yang banyak mengajara kita..sekarang, time kene memey x rasa, tapi stu hari nanti kita akan mengucapkan terima kasih pada guru guru kita~
::Terima kasih guru yang mencurahkan ilmu secara langsung dan tidak langsung, tanpa anda, siapalah saya::=)

Saturday 5 November 2011

cerita sebenar tentang kristian..harus baca..

Hari Raya baru ini, kira cerita baru dalam beberapa tahun, semasa di sebuah kampung. Bulan puasa hari itu, di masjid Taiping ada ceramah. Penceramah ni diundang khas dari Terengganu (Pusat Tahfiz). Penceramah ini menceritakan kepada seorang pnduduk di situ personally yang dia ada senior yang menceritakan sendiri kepada penceramah ini tentang pengalaman seorang teman sepengajiannya semasa di Mesir (or somewhere there..i lupa).



Teman ni asalnya dari Sarawak... penganut agama Kristian pada asalnya. Orang Sarawak ni dihantar oleh pakciknya sendiri, yang juga seorang paderi besar di Sarawak, untuk mendalami Kristian di Sepanyol. So... macam ni dia telah di hantar ke universiti di Sepanyol. Kesemuanye ada 25 students yang menuntut ilmu tersebut. Ini bukan calang-calang punya belajar... sebab mereka ni pergi belajar di Gereja Besar (somewhere in Spanyol dan gurunya ialah POPE). So..setelah lebih kurang 2 tahun pengajian, mereka akan tamat pengajian dan jadi educated paderi. Kesemua 25 students ni datang dari different country all over the world! So... bila dah dekat nak graduate, mereka diberi pilihan untuk wish…dan satu permintaan akan dimakbulkan. So... semua ni minta hendak masuk sebuah Library besar dalam gereja tu jugak.. Dalam library itu ada pelbagai jenis buku. So..dalam masa 2 minggu terakhir ni mereka akan menghabiskan masa mereka membaca buku di Library. Tapi, POPE cakap dengan satu syarat... dalam banyak-banyak buku di dalam library tu, ada satu buku yang khas diletak di tengah tasik/kolam dalam library tu. Bayangkanlah betapa besarnya library tu!! Buku itu lah yang dilarang oleh POPE daripada dibaca. So, salah seorang daripada 25 pelajar telah melanggar syarat. Dia ambil buku tersebut tapi tidak faham kandungan bahasa dalam buku tersebut. Ia adalah Bahasa Tabrani..seakan bahasa Sepanyol (lama). Dia pun berkongsi dengan yang lain dan hendak dijadikan cerita. Ada seorang yang faham tentang beberapa bahasa tersebut. Dia pun baca dan menerangkan kepada ke semua 24 yang lain. Nak tahu apa dia??


Itu sebenarnya adalah kitab Injil yang asal! Apabila kesemua 25 pelajar itu membaca, mereka mula sedar yang Kristian yang mereka belajar selama ini, adalah salah satu sebab semua yang terkandung di dalam buku itu adalah benar seperti yang terdapat dalam ajaran Islam hari ini. Hari terakhir mereka keluar dari situ, POPE datang jumpa mereka dan dia sudah syak mesti ada sesuatu yang berlaku. Setelah semuanya di PROVOKE oleh POPE, mereka akhirnya tewas dan mengaku mereka telah membaca kitab itu. POPE pun berkata, "Sebenarnya kita Kristian ni memang dicipta sebagai agama duniawi sahaja. Yang betul adalah Islam. Kalau hendak tahu, setiap paderi yang tertinggi itu, bila ada orang Kristian yang sedang nazak, tugasnya ialah pergi ke telinga orang itu dan berkata Islam adalah sebenarnya.


Selepas itu, POPE berkata lagi kepada pelajar tersebut, yang mereka semua tidak akan lepas dari tempat itu memandangkan mereka sudah tahu yang sebenarnya. Maka semuanya akan dibunuh. Pelajar-pelajar tersebut cuba cari jalan untuk lari. Setelah sekian lama mereka merancang, mereka berjaya merasuah seorang JAGA dalam gereja besar itu. Tetapi JAGA itu meminta US$4 juta. Kesemua pelajar-pelajar tersebut mempunyai sponsor dari Govt! Mereka mengumpul wang scholarship mereka sebanyak US$4 juta itu. JAGA itu berkata dia akan menyembunyikan rahasia pelajar-pelajar tersebut dengan membunuh seorang lagi JAGA lain sebagai alasan kepada POPE yang JAGA itu pembelot. Pelajar-pelajar tersebut hanya ada satu jalan keluar. Iaitu mereka akan melalui satu terowong bawah tanah beberapa meter untuk sampai ke laut. Mereka terpaksa berenang melalui salur najis (it's the only way that they have to went through that thing!). Bila dah keluar, ada sebuah bot yang akan menunggu mereka. It's all up to them untuk melepaskan diri lepas tu. bot itu juga yang sediakan oleh JAGA itu. Then, si budak Sarawak ni pun call uncle yang send dia ke Sepanyol. Uncle dia cakap jangan balik lagi ke M'sia sebab seluruh negara dah dapat arahan untuk membunuh dia. Maknanya dia telah disenaraikan dalam 'blacklisted'. Jadi dia pun lari ke Mesir dan menganut agama Islam menjadi Al-tahfiz. Sampai sekarang dia tak balik. Jadi cerita ni kiranya sudah orang kedua yang tahu. Hmm... dekat dengan sumber ni kan? Katanya lagi, dah banyak pelajar-pelajar yang 25 tu yang mati dibunuh. Mereka pakai spy untuk track gerak geri pelajar-pelajar tersebut!


Well... dalam pada tu..kalau u nak tahu, dalam pengalaman di atas tadi, dia cakap simbol sebenar orang putih meniup lilin semasa birthday tu ialah... kek tu diibaratkan sebagai dunia.. lilin tu ialah simbol sebagai NUR ISLAM. Dan apabila lilin tu ditiup, maka padamlah nur islam, dan kek sebagai dunia tu dipotong-potong dan dimakan oleh musuh Islam!! Hmm...hebat tak orang-orang kafir punya style? Yang kita kat sini dok syok ikut style mereka tanpa tahu apa-apa.

Satu lagi... pasal HOLY-WATER mereka tu. Nak tahu tak mana asalnya? Mmm..di dalam gereja besar itu tadi, once a year ada satu occasion di dalam sebuah special hall yang hanya boleh dimasuki oleh paderi and rahib tertinggi all over the world saje. Di situ mereka boleh berbuat ape saje termasuk berzina. Anak hasil penzinaan mereka itu lah akan dibunuh dan darah bayi tu akan disuling dan hasilnya ialah HOLY-WATER!! Mm... takut kan dengar betapa dahsyatnya mereka punya planning...




Basilika Santo Petrus di Roma. Patung di depan adalah Santo Petrus, yang merupakan

Saturday 6 August 2011

jalan keluar dari zina..

NIKAH KHITBAH..

(Jalan keluar drpd zina)



Assalamualaikum..Mengikut kefahaman ana nikah khitbah adalah pernikahan yg sah tetapi pasangan tdk tinggal bersama sehingga tarikh yg ditetapkan(nikah gantung).. Di sini ana kongsikan sepucuk surat yg menceritakan nikah khitbah..semoga mmberi manfaat kpd antum smua..

"Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai. Apa khabar dengan keluarga di Pulau Pinang? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya nak minta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam ni. Along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along tiada lagi. Tapi, InsyaAllah kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jangan risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.

Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).

Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jangan risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. Along cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.

Along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaAllah dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along sentiasa."