Monday 28 May 2012

I miss you, more than words can say ♥

 profile pic..:-(

´Walau Jauh jarak yg memisahkan...
Namun Tak berarti cinta kita terpisahkan...
Meski kita terpisah lautan ruang & waktu...
Namun aku percaya,...Kita akan bersatu,...
Selalu & untuk selamanya " Dalam Mihrab Cinta Ilahi "


berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang 
Dikau berikan kepadaku..Amin ya Rabb..*


Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian .


*cannot sleep*...
maafkan diri ini...

Sunday 27 May 2012

jika kau pilih aku

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku ~??

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang dpt mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya ♥
 
Tak perlu yang terlalu kuat agama
Cukuplah yang jaga agama
Pasti nanti agama kami terbela. InsyaAllah ♥
 
 
lelaki sejati bukanlah dia yg punya banyak wanita dlm hidupnya,
tetapi dia yg mampu menolak banyak wanita hanya demi seorang wanita yg dicintainya..




 
 Asslamualaikum... hari nie ira nk kongsi sedikit.manisnya mempunyai 
suami yng mempunyai iman..menarik!!...

"Abang..hari tu ingat period dah habis.syg dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
manisnye jika mempunyai suami yg mempunyai ilmu agama.<3 <3

Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.





(Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.??)

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

: belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? tak mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbing kita untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

okeh..maaf jika ade salah..
yg baik itu dtg dri Allah.
yg buruk itu dtg dri kelemhan diri sye.. 


assalamualaikum..

Friday 25 May 2012

Allah yang selalu...

Selalu dan selalu Allah sediakn hikmah di sebalik setiap kejadian, ketika kita menangis, ALLAH sisipkn sebuah hikmah, bahawa hidup ini tidak selalu bersuka, ada saatnya kita harus tahu bahawa setitis air mata itu sangat bererti buat kita.

Saat kita gagal dlm pekerjaan ataupun dalam cinta kita, ALLAH isyaratkn kpd kita, bahawa tidak selalu apa yg kita kerjakan langsung ada hasilnya, tidak selalu apa yg kita inginkan dapat kita raih. Dan dari sana kita dapat mengambil hikmah apa sebenarnya kekurangan dan kesalahan yg sudah kita buat.

Dan saat kita menghadapi kesulitan hidup dan masalah, ALLAH isyaratkn kpd kita bagaimana ertinya bersyukur untuk setiap apa yang pernah kita raih.

Friday 4 May 2012

..::tudungku::..

" Harap tudung je LABUH.... perangai..... ??''

Kenapa perlu disalahkan TUDUNG bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH..??
Tudung tak SALAH..yang SALAH pemakainya...
Dan yang BERTUDUNG LABUH tak semestinya BAIK...BENARLAH.. 
Tapi kami sudah mecuba sedaya upaya untuk menutup AURAT
 kami dengan SESEMPURNA yang mungkin..dan ketahuilah dengan bertudung LABUH, kami juga bukan MALAIKAT yang terpelihara ...dari LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya..,
Kami hanya WANITA akhir zaman yang masih MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini..

p/s : Andai kami SALAH, TEGURLAH..bukan CEMUHAN yang DIBERI..usah disalahkan labuhnya tudung kami..kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN. :')