untuk kaum hawa
sekadar berseloka jgn marah ya kaum hawa...
Surat Cinta Untuk Future Wife(s) -
Assalamualaikum
...
Kehadapan my future wife(s)
So, wahai my future wife(s)
I
don't know who the hell are you and I have no idea where you are right
now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I
seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi
pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan
cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak
banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I,
kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam
lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat
facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.
Serta,
gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You
pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut
dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak.
Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada
tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak
kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.
My future wife(s),
I
tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan
ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10
tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan
berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi
kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga
tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar
tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak
bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak
di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya
tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you
tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I
tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.
Hmm.
You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut
semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu
menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras
kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu.
Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat.
Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga
kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam
Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan
malam Jumaat.
My future wife (s),
You, I harap you reti
memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti
masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan
I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak
reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4.
Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.
Actually, I bukan
mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang
simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang
buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat
restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je
dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah
lagi satu (cukup 4) kan?
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa
I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi
bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan
boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua.
Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya.
Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is
bull****. So, don't trust them.
Akhir kata dari I, bila kita
kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you
aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I
takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun
mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan....tamat
No comments:
Post a Comment