DOA IFTITAH
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah
dengan banyaknya
Maha suci Allah sepanjang
pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi
Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan
berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan
sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan
kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku
dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha
Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan
semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha
mengasihani.
Yang menguasai hari
pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami
sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang
lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.
KETIKA RUKUK
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala
puji-pujiannya.
-Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang
memujinya.
-Bacaan ketika SUJUD
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala
pujian
-Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya
Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah
daku.kayakan daku,
angkatlah
darjatku,
rezekikan
daku,
berilah
aku hidayah,
sihatkanlah
daku dan
maafkanlah
akan daku
-Bacaan ketika Tahiyat Awal
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang
berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai
Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan
atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah
pesuruh Allah..
Ya Tuhan kami, selawatkanlah
ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan
ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad
dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas
keluarga Ibrahim di alam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha
Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku
petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana
orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana
orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku
apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada
segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau
sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan
sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina
orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang
yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau,
ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah
segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan
bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah
Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.
No comments:
Post a Comment