Saturday 28 April 2012

wanita bagaikan semalu


pada suatu hari, rasulullah s.a.w berjalan2 bersama puteri baginda saidatina fatimah r.a..setibanya mereka berdua dibawah sebatang pohon tamar, fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan..fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yg marah..rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita..fatimah terkejut, rasulullah menyambung lagi,para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek; PERTAMA (pohon semalu akan kuncup apabila disentuh..ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya).. KEDUA (semalu mempunyai duri yg tajam untuk mempertahankan dirinya..oleh itu wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.. KETIGA (semalu juga mempunyai akar tunjang yg sangat kuat dan mencengkam bumi..ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yg sangat kuat dengan ALLAH RABBUL A'LAMIN.. KEEMPAT (semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang..oleh itu para wanita sekelian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..[AMBILLAH PENGAJARAN DARI SEMALU WALAUPUN IA HANYA SEPOHON TUMBUHAN YG KECIL]

No comments:

Post a Comment