Aku diberikan didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapaku. Apabila
umurku mencecah 13 tahun, aku mula hidup berdikari di sekolah berasrama
penuh dan di sana, kami semua pelajar perempuan diwajibkan berstokin
sepanjang masa. Aku sebagai seorang pelajar yang mengikut peraturan
memang sentiasa memakai stokin di sekolah.
Tetapi apabila pulang ke rumah, melayanglah stokinku entah ke mana.
Apabila umurku 16 tahun, aku berpindah sekolah kerana mendapat
keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sekolah baruku turut mengarahkan
kami memakai stokin sepanjang masa dan bagi ku, itu bukan satu masalah.
Tetapi, amalan berstokin di rumah tetap tidak aku lakukan. Mungkin
bagiku berstokin tidaklah sama penting dengan bertudung.
Sehinggalah aku mendapat tawaran ke salah satu kolej matrikulasi di
utara Malaysia. Selepas mendaftar dan mengemas barang-barang di dalam
bilik, kawanku mengajakku bersiar-siar di kawasan kolej. Aku mula
terfikir, adakah aku perlu berstokin walhal tiada peraturan menyuruh
kami memakai stokin di kolej tersebut.
Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana aku
sedar bahawa apa sahaja keputusan yang akan aku ambil pada saat itu,
akan aku teruskan hingga ke liang lahad. Sehinggalah kawanku memanggil
namaku, aku dengan lajunya mencapai stokinku dan memakainya dan terus
keluar dari bilik. Sejak dari itu, stokin tidak pernah lari dari
kakiku.
Bila ku imbas kembali hari pertamaku di kolej matrikulasi, aku rasa
gembira kerana memilih untuk berstokin. Bagi aku, Allah telah turunkan
hidayah-Nya kepadaku pada hari tersebut dan aku sangat bersyukur.
Selama 5 tahun aku memakai stokin, hanya tahun ke-6 baru aku berstokin seikhlas hatiku.
Walaupun hanya stokin, bagiku ini adalah anugerah Allah untukku. Terima kasih ya Allah untuk hidayah kecil ini.
Pesanan untuk saudaraku wanita di luar sana, janganlah putus asa
untuk mengamalkan apa yang Allah suruh. Sesungguhnya hidayah Allah akan
turun jua kepadamu dalam keadaan yang tidak dapat kamu bayangkan.
Teruskan berdoa dan teruskan beramal, semoga Allah akan mengurniakan
hidayah-Nya supaya kita sentiasa berada di jalan-Nya yang lurus.
InsyaAllah.
dimane2 akn klihatan nuslimah yg tdk smpurna dlm mnutup aurat. Moga artikel sbgini mmbuka minda, mmbuahkn redha. Redha Allah yg dikejar2.
ReplyDeletetruskn usha shbt :)
syukran...
ReplyDelete