Thursday 9 June 2011

warkah buat muslimah


Muslimah, jagalah dirimu serta tata tertibmu sebagai seorang muslimah yang sejati. Kerana hal ini akan menunjukkan siapa dirimu. Muslimah, engkau perlu tahu sesuatu perkara, bahawa engkau memang cantik. Tetapi janganlah engkau mencantikkan dirimu dengan hanya perhiasan dunia, kerana Allah tidak memandang perkara tersebut. Cantikkanlah dirimu dengan akidah yang utuh terhadap Allah.

Muslimah, jagalah auratmu, kerana ia merupakan harga dirimu. Anddai kata kau tidak menjaga auratmu, engkau sebenarnya telah menggadaikan dirimu serta kehormatanmu. Wahai Muslimah janganlah disebabkan engkau keimanan orang yang melihatmu akan terjatuh. Berdoalah kepada Allah, agar engkau tidak menjadi asbab runtuhnya iman seseorang itu.

Muslimah, jika engkau putus cinta dengan seseorang jejaka, biarlah perkara itu berlaku. Namun kau mempunyai satu cinta lagi dari Allah. Ingatlah, Allah tidak pernah meninggalkanmu. Sekalipun kamu lupa kepada-Nya.
Muslimah, janganlah engkau menghamburkan kata cinta tanpa kefahaman dan melagukan mantera kasih tanpa tujuan, kerana ia akan menarikmu kedalam lubang zulmat. Janganlah engkau memetik bintang di kala langit suram, lalu kau sematkan ia dalam hatimu yang majhul hakikat, kerna ia akan menjadi badai yang akan meruntuhkan nilaimu.

Muslimah, andai engkau mahu bahagia, intailah kasih yang tersembunyi di sebalik arasy-Nya. Perolehilah kedamaian dalam syurga-Nya. Kerana di situ merupakan tempat damai yang abadi.



Wanita merupakan perhiasan di dunia, seindah hiasan adalah wanita yang solehah. Jadi amat penting di sini untuk para muslimah untuk manjadi perempuan yang solehah. Biarkan ia menjadi indah bukan hanya di sisi manusia malah Allah yang Maha Mencipta.
Sebagai seorang islam, kita hendaklah menghormati kaum ini, janganlah kamu mengasari mereka. Kerana ada hadis nabi mengatakan.

“Sesungguhnya perempuan itu dicipta dari tulang yang bengkok, janganlah kau cuba meluruskannya, kerana kau akan menyakitinya..”

Selain itu kita juga perlu sedar akan fitrah manusia. Bukankah Allah telah menciptakan setiap sesuatu itu berpasangan. Janganlah kita ingin menyalahkan perkara yang telah ditetapkan.

Allah sudah berfirman.

“ The believers, the man and woman are protectors each other...”

Dalam ayat di atas, lelaki dan perempuan hendaklah sentiasa bantu membantu antara satu sama lain. Menyuruh melakukan kebaikan antara satu sama lain dan sama-sama mencegah kemungkaran.

Pesona Aurat Terpelihara

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.
Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian. Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.

Namun wanita kini, mereka sendiri dengan sesuka hati mendedahkan aurat dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.

No comments:

Post a Comment