NIKAH KHITBAH..
(Jalan keluar drpd zina)
Assalamualaikum..Mengikut
kefahaman ana nikah khitbah adalah pernikahan yg sah tetapi pasangan
tdk tinggal bersama sehingga tarikh yg ditetapkan(nikah gantung).. Di
sini ana kongsikan sepucuk surat yg menceritakan nikah khitbah..semoga
mmberi manfaat kpd antum smua..
"Assalamualaikum kepada
ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai. Apa khabar dengan
keluarga di Pulau Pinang? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan
mendapat rahmat Allah sentiasa.
Along pun tak berapa
jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya
sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah.
Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding
untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang
along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk
membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita,
along sebenarnya nak minta redha dari mak dan ayah untuk bernikah.
Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam ni. Along
bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari
sekarang. Along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya
ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah,
along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada
Allah.
Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat
sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend.
Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan
tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah
memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan
nikah. Along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan
ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam
menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di
dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina
takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina
akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina
sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram
(boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan
pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang
bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh
orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut
kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa
yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini
kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada
tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka
bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi,
orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu
study adalah tidak tepat.
Di universiti along, ramai
pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi,
apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka
membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa.
Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang
satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu
yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah
satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama
ada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon,
along tiada lagi. Tapi, InsyaAllah kalau mak dan ayah bagi along green
light, masalah calon, mak dan ayah jangan risau (bagi tempoh 6-8
bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Along lebih suka calon tu
along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh
memilih calon yang sesuai untuk along.
Mak dan ayah
mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah
zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang
along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu
semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan
tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang
dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk
tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah
dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan
berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini
bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana
Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam
istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.
Tak
kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan
perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan
perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon
dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along
bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar
berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang
ber‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama
sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati
dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu
dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah
sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau
mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan
di tangan kita.
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan
along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along
akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah
zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit.
Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50 sebulan,
maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk
sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum
dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak
salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara
menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan
antara erti nikah dan berumah tangga).
Macam sekarang ni
lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima
dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami.
Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak
jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum
kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang
diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh
bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jangan risau,
sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal
isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak,
along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah
ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara
seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
Along
tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. Along cadang
pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu
along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan
mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua
(dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada
yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak
harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja
juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya
waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada
Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut
di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Along juga harap,
anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai
kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia
yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu
ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat
kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur
muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada
di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa
dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat
anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.
Along
sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan
along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su,
sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaAllah dalam risalah tu
along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
Diharap
mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Along nak mak
dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk
dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along
membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun
seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along
membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam
tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan
untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat
membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang along
katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk
kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau
boleh jangan bagi tahu abang dan kakak saudara yang lain, mungkin
mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor.
InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka.
Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak
nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita
nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan
mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin,
sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan along sentiasa."
Allah, along ni..
ReplyDeletetersentuh kot..
b'bhagialah mak ngn ayh dy..insya Allah
hmm..nme laen, nikah misyar kot?
check balek,
ana de bljr sem lps..
surat ni t'baek..
thnx p'kgsian (:
hehe...welcome..insya'allah...!
ReplyDelete