Wednesday 14 March 2012

seBelum tidur


Walaupun ramai yang tahu tapi ira yakin masih ramai tidak mengamalkannya.

Doa Sebelum Tidur :

bismikallahumma ahya wa amutu
...
Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Berwuduk sebelum tidur :
Berdasarkan hadis; dari Barra’ Bin ‘Azib bahawasanya Rasulullah bersabda:

“Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat…”
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

.

umat islam di galakkan mengmbil wuduk' sblom tidur kerana ajal
maut di tangan tuhan.kite tidur lah dlam keadaan yg suci...mane thu kite tngh tidur maut menjemput
kite.
bersuci juge dapt jauh kan diri kite dri syaitan.
nanty kalau bgun pagi xd lah kite mls nak bngun .ngn
dapt mententeramkan diri dripde tkut semase tidur...

Perkara yang sunat dilakukan sebelum tidur.

-Mengambil wuduk.
-Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur hendaklah bertasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar)34 kali..*sekejap je kot...xlame*...

-Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang tiga kali.

-Membaca Surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An- Naas 
.
-Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya.

-Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya antaranya doa yang bermaksud: “Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup”.

-Mengucap dua Kalimah Syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita. Moga-moga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah SWT.*jangn lupe*

Umat Islam juga diajar bagaimana menangani persoalan mimpi seperti diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah bersabda: “Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memudaratkannya”. (Riwayat Bukhari Muslim)*ini jarang ira buat.hehe...*

Apabila bermimpi sesuatu perkara yang baik hendaklah memuji Allah dan menceritakannya kepada orang yang menyukai, tetapi jika sebaliknya hendaklah memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah ke arah kiri tiga kali, berpindah tempat, solat dua rakaat dan jangan menceritakan kepada seorang pun supaya tidak timbul andaian dan pandangan yang bukan-bukan yang boleh
menimbulkan ketakutan atau keluh kesah.

insya'Allah..same2 amalkan...okey...
al-mulk jngn lupe bAce yup.....hehehe...
ok..Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment