Tuesday 13 March 2012

Sedih...!

Suatu hari seorang bapa pergi menghadap anaknya yang sedang asyik melayari internet.Si anak tidak perasankan akan kehadiran bapanya.

Bapa:  Abi nak cakap sikit dengan kamu,ini soal masa depan kamu tau,
Anak:  ha!ya ke?boleh-boleh abi,pasal apa ya,,?
Abi     sebenarnya tadi ada seorang lelaki telefon abi,katanya dia nak melamar kamu untuk jadi isterinya.Apa pendapat             lamu?
Anak: Mm,,kalau macam tu,abi kenalkan dulu lah siapa dia,insyaAllah saya akan bagi keputusan dalam seminggu,,??
Bapa:  Okey lah!

Selang beberapa hari,pemuda yang melamar si gadis tadi datang kembali untuk bertemu dengan bapa perempuan tadi.

Bapa:  Ini dia lelaki yang abi maksudkan.

Si anak terus menarik tangan si bapa,dan menuju ke dapur.

Anak:  abi,kalau dia saya minta maaf,aya tak setuju.
Bapa:  kenapa pula?

Si anak terus menceritakan keperihalan pemuda tersebut yang pernah mencuba untuk meminta menjadi kekasihnya sewaktu di sekolah menengah dahulu.Dia masih ingat bagaimana lelaki tadi mempermainkan perasaannya.Sakit sekali.
Langsung dia tidak berfikir panjang dan menolak risikan pemuda tersebut.

Anak:  Abi,kalau dia ikhlas nak menjadikan saya suri hidupnya,dia tidak akan senang-senang meminta saya menjadi kekasihnya dahullu,saya tidak suka,seolah-olah saya dibonekakan.

Bapa si gadis terus mendapatkan pemuda tersebut dan menjelaskan perkara sebenar.

Pemuda:Kalau begitu saya minta maaf pak cik.Dahulu saya jahil,tapi sekarang saya benar-benar ikhlas.
Bapa:Mm,,ini keputusan anak pak cik,pak cik tak boleh paksa dia.
Pemuda:kalau macam tu,saya undur diri dulu pak cik.Sekali lagi saya minta maaf.

Pemuda tadi pulang dengan kekecewaan di hatinya kerana terang-terang risikannya ditolak.

Moralnya,seorang wanita tidak suka lelaki yang memainkan kehormatan wanita,,maka sebagai manusia peluang taubat tu ada.Namun,hati wanita tadi dah tawar dengan lelaki tersebut,dan dia berusaha untuk menjadi lebih baik.Harapannya satu,iaitu untuk mendirikan masjid tanpa ada 'kenangan" dosa dengan suaminya,itu sahaja.Dia juga inginkan keberkatan dalam mahligai yang dibina bersama pasangan hidupnya,andai dia menerima lelaki tersebut sebagai kekasihnya waktu itu,pasti hidupnya akan dibuai mimpi-mimpi indah bersamnya.Nauzubillah!Wanita tadi juga tidak terlalu memilih pasangannya tetapi dia perlu bijak memilih demi masa depannya dan zuriat keturunannya.Selang beberapa tahun,wanita tersebut telah berjumpa dengan pemuda yang dijanjikan Allah untuknya.Kini,suaminya merupakan seorang doktor gigi di salah sebuah hospital swasta berdekatan taman perumahannya.Wanita tersebut amat merasai kemanisan berumahtangga berlandaskan syariat ilahi.Subhanallah!Jodohnya dengan pemuda tersebut ditemukan apabila keluarga lelaki tersebut terus masuk meminang gadis itu selepas gadis itu tamat pengajiannya di peringkat ijazah.Itulah kisah di sebalik hikmah bercinta berlandaskan syariat.

Setiap manusia perlu memohon taubat atas dosa-dosanya yang terdahulu,dan sentiasa memperbaiki dirinya menjadi muslim yang lebih baik.Sama-sama kita share,,setiap manusia akan melakukan kesalahan,kita sebagai manusia mestilah memohon taubat kepada Allah.Wallahu 'Alam

Harap kalau ada ketidak selesaan berkaitan citer ni,,cakaplah~
kita berkongsi ilmu,mungkin ada yang tak kena..
okey~

No comments:

Post a Comment