Ramai juga orang yang gagal dalam
pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha
adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci
terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci
oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin
akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
Justeru hapuskanlah segala perasaan
benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis
benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam
sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan
mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan
semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan
bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan
hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang
lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang
Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita
mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita
ialah:
1) Jaga solat dan lakukan
ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap
semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman
ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada
dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan,
sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar.
Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi
orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa
dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan
sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan
sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan
orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian
setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan
sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati.
Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas
pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap
selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama
manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap
individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang
setia.
15) Sampaikan berita baik tentang
orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan
sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih dahulu baiki diri untuk
menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu
menyayangi dan memperbaiki diri kita.
salam syerah,, nice entry.. terpikat sgt..:) follow me back..:)
ReplyDeletesalam kenal ustazah.. dan follow.. hehe..
ReplyDeleteKau sombong
ezah eiza..:wa'salm...thank...ok ..
ReplyDeletefuuyo:erm...wa'salm...ok..
ReplyDelete