Assalammualaikum warahmatullahiwabarokatuh,
sedikit perkongsian yg saya dapat dari satu laman web. Jom kita baca dan renungkan sekali muhasabah diri.. ((^_^))
sedikit perkongsian yg saya dapat dari satu laman web. Jom kita baca dan renungkan sekali muhasabah diri.. ((^_^))
SEKADAR PERKONGSIAN BACA.. RENUNG-RENUNGKANLAH ..
1. Siapakah orang yang sombong?
Orang
yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu
sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin,
Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan
langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
2. Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang
yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui
ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada
apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
3. Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang
yang dungu kepala otaknya adalah orang yang suka bertelagah sama
sendiri dan sentiasa menganggap dirinya saja yg betul. Yang tak sehaluan
dgnnya dianggap musuh.
4. Siapakah orang yang kuat?
Orang
yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di
dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah
orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun
ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
5. Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.
No comments:
Post a Comment