Dua orang sahabat telah bertemu sejak sekian lama terpisah, dalam
pertemuan itu, salah seorang dari mereka yang agak sudah uzur seingkali
mengeluh panjang. Hal sedemikian disedari oleh sahabatnya lalu ia
bertanya " Ada apa dengan kamu?"...
Lelaki yang sudah
berumur menerangkan bahawa setiap hari sepanjang 24 jam ia perlu menjaga
dan merawat beberapa jenis binatang liar dan ganas antaranya
2 ekor burung helang liar bebas.
2 ekor arnab yang lincah tidak duduk diam
2 ekor burung hering pemangsa yang kasar dan licik.
Seekor ular yang berbisa dan merbahaya
Seekor singa yang ganas dan buas.
Lelaki
yang lebih muda menggeleng kepala tidak percaya. " Mana mungkin kamu
yang sudah tua dan lemah berupaya menjaga dan merawat semua binatang
liar dan ganas bersendirian". Kata lelaki muda.
Sambil memegang bahu sahabatnya, lelaki tua itu berkata :
2
ekor burung helang liar bebas itu adalah kedua mataku yang perlu aku
bataskan agar tidak bebas menceroboh privasi yang haram dan jijik.
2
ekor arnab yang lincah tidak duduk diam itu adalah kedua kakiku yang
perluku hambat dari melangkah kosong atau mengarah ke lembah hina.
2
ekor burung hering yang kasar dan gagah pula adalah kedua tanganku yang
perlu aku rantai dari menzalimi atau memperjuangkan kemungkaran.
Seekor
ular yang berbisa dan merbahaya adalah lidahku yang ringan untuk
memcalarkan maruah orang lain atau menyebar fitnah dan kepalsuan.
Seekor singa yang ganas dan buas adalah hatiku yang seringkali menguasai akalku untuk tunduk kepada syaitan dan nafsu.
sahabat sekalian , marilh kta sama2 hayati crita ini..rnung2kn lah...
salam 1 ukhwah....
No comments:
Post a Comment