Pertamanya, "kenapa ramai yang skip/ponteng solat jumaat" ?
Secara ringkasnya Solat Jumaat ni hukumnya fardhu 'ain. Firman Allah dalam Surah al-Jum'ah ayat 9:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyangjumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),Ya, secara automatiknya setiap orang Islam LELAKI yang dah akil baligh, berakal, sihat sejahtera adalah wajib tunaikan sembahyang Jumaat KECUALI empat:
Pertama, Allah tudung hati mereka dan jadilah mereka orang yang lalai (dari riwayat Ibnu Umar dan Abbas r.a.):
Kedua, Allah tudung hati mereka dan jadilah munafik ( riwayat Ahmad dari nukilan Abdul Ja'di al-Daramy ):
Ketiga, rumah orang tinggal solat Jumaat layak dibakar!:
Nah, sekarang dah jelas kan kenapa tak patut atau tak boleh tinggal
solat Jumaat dengan sengaja. Tak perlu bagi alasan sedang musafir atau
bukan pemastautin tetap sesuatu tempat la. Cubalah bagi alasan terbaik
yang anda boleh fikir di hadapan Allah nanti, tengok mulut siapa yang
bakal rabak ditampar Allah SWT.
Persoalan Kedua, adalah tentang keghairahan pemuda-pemuda
kita dapatkan ayat pengasih, minyak pengasih dengan cara cepat. Mereka
nak kesan yang instant, nak efek segera pada pemudi-pemudi yang mereka
nak miliki. Sedangkan mereka tak faham konsep kasih sebenar. Konsep
kasih sebenar adalah "Bila Allah Kasih, Allah Akan Makbulkan Apa Yang Kita Mahukan." Jadi,
buat sampai Allah kasih dengan amalan-amalan soleh tanpa henti. Ikut
al-Quran dan Sunnah la senang cite. Jangan kerana kita terlalu nak
miliki someone, kita syirik dengan Allah. Kasih Allah tak dapat, tapi
sebaliknya Allah murka terus campak kamu ke neraka Jahannam. Nak macam
tu?
Bekerja dengan syarikat swasta yang bekerja pada hari jumaat boleh dikatakan ramai yang ponteng solat Jumaat..
ReplyDelete