Teringat
akan satu kisah, di mana seorang pemuda beriya-iya bawa kapak untuk
menebang satu pokok yang jadi pemujaan manusia ketika itu. Dalam
perjalanannya, iblis menyerupai manusia menahan pemuda itu supaya jangan
menebang pokok itu. Lalu berlaku pertengkaran antara iblis dan pemuda
itu. Pemuda itu dapat mengalahkan iblis. Kemudian iblis menawarkan emas
pada pemuda itu, iblis mengatakan bahawa setiap kali pemuda itu bangun
dari tidur, maka akan terdapat emas di bawah bantalnya, dengan syarat
pemuda itu takkan datang lagi untuk menebang pokok itu. Setelah beberapa
hari mendapat emas, kemudian tiba hari ke empat, pemuda itu dapati
tiada lagi emas di bawah bantalnya, lalu dia naik berang dan membawa
kapak sekali lagi untuk menebang pokok itu.
Iblis kembali menahan pemuda itu, namun kali ini pemuda itu tak dapat melawan kekuatan iblis lalu dikalahkan dalam perkelahian. Pemuda itu berasa sangat aneh, mengapa tempoh hari dia boleh melawan iblis dengan mudah tetapi kali ini dia seolah-olah hilang kekuatan. Lalu iblis memberitahunya bahawa waktu pemuda itu mula-mula datang untuk menebang pokok itu, niatnya semata-mata kerana Allah dan mahu 'berhala' itu tumbang, namun kali ni niatnya kerana mahukan emas dan marah kerana tiada emas di bawah bantalnya.
Nauzubillahiminzalik, marilah sama kita perbetulkan niat kita, perbetulkan akhlak serta iman kita agar kita tidak sesat dengan dunia.

No comments:
Post a Comment